Terus ke kandungan
FEMORA

Soalan lazim

Tak jumpa jawapan yang anda cari? Tanya kami terus di WhatsApp.

Tentang produk

Apa itu FEMORA P+?

FEMORA P+ ialah minuman ekstrak botani sedia diminum untuk wanita. Ia menggandingkan Kacip Fatimah dan Manjakani, dua herba warisan Melayu, dengan ramuan klasik lapan herba Ba Zhen.

Sekotak mengandungi 10 sachet x 20 ml. Tak perlu bancuh atau rebus: koyak dan minum.

Apa bahan dalam FEMORA P+?

Mengikut label: air, lapan herba Ba Zhen (Dang Shen, Shu Di Huang, Dang Gui, Bai Zhu, Bai Shao, Chuan Xiong, Fu Ling, Zhi Gan Cao), serbuk buah beri campuran, Kacip Fatimah (3%) dan Manjakani.

Butiran setiap herba ada di halaman Bahan.

Ba Zhen itu apa? Sesuai ke untuk orang Melayu?

Ba Zhen bermaksud “lapan khazanah”. Ia ramuan herba Cina klasik yang sudah digunakan beratus tahun, terutamanya oleh wanita. Dalam resipi klasik, kesemua lapan bahannya berasal daripada tumbuhan dan kulat, tanpa bahan haiwan.

Ramai wanita Melayu sudah biasa dengan herba Cina seperti dang gui dalam sup herba. Ba Zhen ialah gabungan lapan herba seumpama itu dalam satu resipi.

Adakah FEMORA P+ halal?

Ya. Sijil Halal JAKIM. Sijil Pengesahan Halal Malaysia dikeluarkan untuk produk ini kepada pengilangnya, Nutrifood International Sdn Bhd, dan sah hingga 15 September 2028.

Adakah FEMORA P+ ubat?

Bukan. FEMORA P+ ialah minuman ekstrak botani, iaitu produk makanan. Ia tidak bertujuan mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Cara guna dan keselamatan

Bagaimana cara ambil?
  1. Koyak dan minum terus

    Tak perlu bancuh atau rebus. Minum sebaik sahaja sachet dibuka.

  2. 1 hingga 2 sachet sehari

    Ikut sukatan pada kotak. Cadangan kami: mula selepas haid tamat, satu sachet sehari.

  3. Simpan di tempat sejuk dan kering

    Jauhkan daripada cahaya matahari terus. Sekotak cukup untuk 5 hingga 10 hari.

Sentiasa ikut arahan pada label produk.

Siapa yang tidak sesuai mengambilnya?

Jangan ambil jika anda hamil. Dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi dahulu jika anda:

  • sedang menyusu atau merancang untuk hamil;
  • mengambil ubat cair darah, ubat hormon atau ubat tetap yang lain;
  • ada masalah kesihatan atau bakal menjalani pembedahan;
  • berumur bawah 18 tahun.
Berapa lama baru nampak kesan?

Setiap orang berbeza, jadi kami tidak menjanjikan kesan dalam tempoh tertentu. Ini minuman herba untuk diamalkan mengikut sukatan, bukan ubat untuk kesan segera.

Ada kesan sampingan?

Berhenti mengambilnya dan berjumpa doktor jika anda mengalami ruam, sakit perut, pening, pendarahan luar biasa atau sebarang reaksi yang merisaukan. Jangan ambil melebihi sukatan pada label.

Bagaimana cara simpan?

Simpan di tempat sejuk dan kering, jauh daripada cahaya matahari terus. Minum sebaik sahaja sachet dibuka. Rasa dan warna mungkin berbeza sedikit antara kumpulan pengeluaran kerana sifat semula jadi bahannya.

Bolehkah FEMORA P+ menggantikan ubat doktor?

Tidak. FEMORA P+ ialah minuman ekstrak botani, bukan ubat untuk merawat penyakit. Jika anda ada masalah kesihatan, teruskan rawatan dan ikut nasihat doktor anda.

Tempahan dan penghantaran

Bagaimana cara tempah?

Pilih pakej di halaman Tempah, isi nama dan alamat, kemudian tekan butang hantar. Butiran tempahan anda akan dibuka di WhatsApp. Kami sahkan tempahan dan cara bayaran di situ.

Apa cara bayaran yang diterima?

Pindahan bank, Bayar semasa terima (COD).

Berapa kos penghantaran, dan bila barang dipos?

Semenanjung: RM6.50. Sabah dan Sarawak: RM13.00. Penghantaran percuma untuk 2 kotak ke atas, Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.

Tempahan dipos dalam masa 24 jam selepas bayaran atau tempahan COD disahkan.

Boleh pulangkan barang?

Jika barang rosak atau salah hantar, hubungi kami di WhatsApp dalam masa 24 jam selepas kurier menunjukkan barang diterima. Sertakan nombor tempahan, gambar bungkusan luar, nota kurier, dan gambar atau video semasa membuka bungkusan. Selepas semakan, kami utamakan penggantian atau penghantaran semula.

Butiran lanjut di halaman Polisi.

Tempah FEMORA